Abah..Bagi baliklah tangan Ita!!...-



       Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota 
besar  mninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar
bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.
Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja
bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.
Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya,
ataupun memetik bunga raya,bunga kertas dan lain-lain di laman
rumahnya.
   

  Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen
tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada
marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.
Ya...kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.
Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan
kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja
kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
  

  Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. 
Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam,
kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak
disedari si pembantu rumah.
  


  Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat
kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik.
Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja
ni?"

Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari
keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan
tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus
mengatakan "Tak tahu... !"

"Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik siisteri
lagi. bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar
dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik
kan!" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya
didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak
yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus
ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya.
Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa  puas dengan
hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus
memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas si
bapa masu ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak
kecil itu, membawanya ke bilik. dilihatnya tapak tangan dan belakang
tangan si anak kecil calar balar.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia
menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik
calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak
kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak.
Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa
si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang
menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar
anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya
sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu
rumah. "Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol
tu," balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik
tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita
dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan
Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik.
Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang
longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital
kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu
kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar
kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi
sedah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu
dipotong dari siku ke bawah" kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan
terkena halilintar mendengar kata-kata
itu.
Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu
meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata
isterinya, si bapa terketar-ketar madandatangani surat kebenaran
pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si
anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihatkedua- dua
tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya.

Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka
semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah
bersuara dalam linangan air mata.
"Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau
jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan
si ibu gagal menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya
memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya
itu meraung seperti histeria.

"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji
tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji
tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung
si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraungdia
sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat
menahannya .
..  





Jadi lah seorang IbuBapa yang berakal....Anak adalah kurnia yang tidak ternilai..

Comments

Popular posts from this blog

Fakta yang Mungkin Betoi..

Aku bukan Seorang Perokok..